[VIDEO] ‘Aku Sedih Dengan Pengikutku’- Bacaan Surah Ar-Rahman Johan As’ari Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini kecoh di media sosial insiden pelakon Johan Arrif mempertahankan sahabat baiknya Iqram Dinzly mengenai isu penggunaan istilah ‘Che Mat’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad S.AW. Johan dilihat sedikit terkilan dengan cara keras ustaz tersebut menegur Iqram sehingga mengajak ustaz tersebut untuk bersemuka.

Lantaran itu, di hari Jumaat yang penuh barokah ini, Johan telah memuat naik videonya membaca ayat suci Al-Quran di Instagram. Post tersebut turut diselitkan dengan kapsyen kecewa Johan terhadap sesetengah pengikutnya yang lantang menegur tanpa adab.

Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka. Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih sayang. Alhamdulillah aku semakin rajin mengaji Al-Quran. ???

Dipuji netizen

Sumber: Johan Arrif via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *