Sharifah Shahirah & Ijoy Kehilangan 2 Orang Tersayang Dalam Seminggu

Salam takziah kami ucapkan pada adik beradik selebriti Sharifah Shahirah, Sharifah Sakinah serta kakak merekaSharifah Haslinda atas pemergian bapa tercinta malam tadi di Hospital Ampang.

Meninggal Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru – Paru

Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman telah dimasukkan ke hospital dua hari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam Khamis di samping isteri, anak-anak dan sanak-saudara.

“Terima kasih atas doa semua, Alhamdulilah mudah abah pergi berjumpa penciptanya di malam Jumaat. Malam barakah, Insya-Allah syurga buat abah,” tulisnya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada pukul 11 pagi Jumaat”

Kehilangan Dua Orang Tersayang Dalam Seminggu

Berita sedih berganda buat Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shieraapabila dia bukan sahaja kehilangan bapanya malah pada awal minggu lalu dia turut kehilangan neneknya yang juga ibu kepada Datin Maria Arshad.

Semoga Shiera dan keluarga akan kuat dan tabah mengharungi ujian ini. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *